2010 akan melabuhkan tirainya beberapa jam lagi...pelbagai kenangan suka duka sepanjang 2010...antara kenangan yang akan setiasa terpahat diingatan aku ialah kepulangan ayahanda tercinta kepada penciptaNya...detik itu akan aku kenangan sepanjang hayatku...entah sukar nak percaya....tetapi itulah kenyataan yang harus aku terima...kita tidak akan merasa kehilangan sehinggalah ia benar-benar berlaku pada kita.

Semoga tahun 2011 akan menjanjikan kebahagian serta kemakmuran disamping membawa tuah kepada insan yang berada disekeliling aku...

Pada arwah ayahandaku...moga berbahagia disana. Akan ku panjatkan doa tanpa rasa jemu setiap saat dan ketika...walau dalam tidur dan jaga. Kuntum doa daripada anakanda akan terus ku utus selagi badan masih bernyawa. Ya Allah tempatkan ayahanda ku bersama syuhada dan solehin...Amin Ya Rabbal A'lamin.