Mirza dan Ibunya ketika join aktiviti aku kat Kampung Buku...Tersenyum simpul nampak!


Posing Mirza bila aku ambil gambarnya...Macam tue lerr anak ayah!

Bila tengok gambar ini, teringat masa aku bawa wife dan anak aku (masa tue baru sorang) pergi ke kampung Buku (Lubuk Semilang) buat aktiviti ngan budak-budak MRSM Langkawi...Seronok jugak bila dapat bawa sekeluarga pergi berkelah macam nie. Rasa-rasa dah lama kami tak buat aktiviti macam nie. Cuma hujung minggu aktiviti kami sekeluarga pergi melawat emak mertua aku di Kedawang.
Ayah Sayang Mirza dan Mulhim
Sehingga rencana ini ditulis, entah sudah berapa nyawa yang melayang di bumi Iraq dan Palestin. Tidak perlu aku nyatakan di sini apa punca nyawa-nyawa itu kehilangan jasad. Kalau boleh aku tidak mahu menyebut tentang apa yang sedang berlaku di sana kerana kalian sendiri sudah pasti maklum mengenainya.Sukar untuk aku gambarkan di sini perasaan aku setiap kali bila berlakunya peristiwa sebegini - peristiwa yang membabitkan kehilangan nyawa. Aku cuba bayangkan diri aku sebagai mereka - bayangkan aku sebagai ahli keluarga mangsa.Dan yang sering aku bayangkan ialah aku sebagai 'ayah' kepada anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa itu. Entah bagaimanakah perasaan seorang ayah bila kehilangan anak tersayang...atau bayangkanlah duhai teman, bagaimana perasaan seorang anak kecil kehilangan ayah tersayang? Tidak dapat aku bayangkan...Tidak dapat hendak aku bayang dan gambarkan andai ditakdirkan aku adalah salah seorang 'ayah' yang hidup di negara yang sentiasa bergelora dengan perang sedangkan di bumi Malaysia yang dikatakan cukup aman ini pun, aku bagai disentap semangat dan luluh berderai segala keupayaan bila mengenangkan anakku MIRZA dan MULHIM.

kayhus- Mirza dan Mulhim...ayah tidak segagah mana untuk meratap kehilanganmu, ayah tidak sebadang mana untuk tidak menangis jika kamu tiada, Mirza dan Mulhim...Ayah Sayang Kamu!