Semalam berlaku satu kemalangan menimpa puteri sulung ku...Aduhh!!! inilah agaknya yang pernah dilalui oleh arwah bapa aku pada satu ketika dulu...tak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaan aku ketika kejadian kemalangan itu berlaku...Panik!!! memangg itu tidak dapat disangkal lagi...namun alhamdulillah perasaan panik dapat diatasi walaupun aku seorang yang mabuk darah!! Benarlah kata orang, kalau sesuatu terjadi pada batang hidung sendiri baru tahu macam langit tinggi rendah.

Puteri sulung aku dah semakin beransur baik...so ada hikmah disebalik apa yang berlaku!! aku percaya ada sebab dan musabab mengapa Allah menurunkan ujian untuk aku...Besok aku akan berangkat pulang ke daerah kelahiran aku dan isteri...moga semua nya berjalan dengan lancar...Amin...
Pejam celik...pejam celik sudah masuk penghujung bulan Mei...ini bermakna semakin hampir majlis perkahwinan anak buah dan adik ipar...dalam pada itu terdapat tarikh amat penting bagi aku dan isteri....iaitu ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9....huhhh...sekejap aje masa berlalu...
Berbalik kepada persiapan perkahwinan adik ipar dan anak sedara...memang grand!! yelah setiap insan yang akan bergelar raja sehari sudah semestinya lah akan melakukan sehabis baik dalam upacara dan majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup....(kalau itu ketentuan Nya)....

p/s: Untuk insan yang menerima diriku seadanya, terima kasih kerana sanggup berkongsi kepayahan, kesusahan, serta kegembiraan bersama aku....hanya Allah yang akan membalas segala kebaikan serta pengorbananmu...