Cuti tahun baru cina banyak benda yang aku lakukan semasa cuti di kampung halaman ku...yelah alang-alang bercuti biarlah panjang....hampir 10 hari aku berada di daerah tanah tumpah darah ku...antara agenda utama ialah memasang nisan pada pusara arwah ayahanda ku...di samping mengadakan kenduri arwah yang biasa dilakukan setiap hujug minggu iaitu pada hari Khamis malam Jumaat...dalam sibuk-sibuk bercuti anak saudara aku yang lelaki pulak hendak mengadakan upacara meminang...jadi memang elok sangat lah sementara aku berada disana...apa lagi memang menjadi kewajipan menyiapkan hantaran....