Semalam ialah sambutan hari bapa...rasanya inilah kali pertama dalam hidup aku rasanya begitu sepi dan kosong tanpa kehadiran insan bergelar 'bapa' dalam kamus kehidupan aku. Dalam masa yang sama aku mendapat sekeping kad daripada puteri sulung ku...apa yang tertera dalam kad tersebut ialah ' Selamat Hari Bapa'....'Kakak sayang ayah!!' huhhh sungguh tersentuh hati aku...apa tidaknya kata-kata keramat daripada cetusan minda anak sulung aku...kad yang direka khusus untuk aku.....memang menimbulkan kesedaran yang teramat...bahawa insan yang bergelar ayah, bapa, abah dan lain-lain adalah menjadi penyokong kuat dalam sesebuah keluarga



Bila diimbas rasanya seakan baru semalam aku kehilangan insan yang bergelar 'ayah'....namun pada hakikatnya ia sudah memasuki usia 8 bulan...begitu pantas masa berlalu. Namun aku tak pernah melupai jasamu wahai 'bapa'....setiap kenangan dari seawal usia sehinggalah engkau pergi mengadapi Illahi, ianya masih tersimpan kemas dalam kotak minda ku...Sesungguhnya engkaulah 'bapa' yang terbaik Tuhan kurniakan padaku.



Tak lupa ku panjatkan doa untukmu bapa, semoga engkau tenang disisi Nya...Amin. Al-Fatihah untuk Arwah Ayahanda Hj. Husain Bin Long dan Arwah Ayahanda Sa'ari Bin Abd Rani serta Bonda Salmiah Bt Bakar.....