Berbicara tentang sahabat sebenarnya membawa pelbagai persepsi pada kita. Pada aku sahabat adalah orang paling hampir selepas keluarga. Namun bagi sesetengah orang, lain pulak pendapat serta pandangannya. Apapun bagi aku siapa pun sahabat kita...menjaga hati serta memberi dorongan dan nasihat ketika dia susah atau senang wajib didahulukan...renung-renungkan wahai hati.


     Alhamdulillah pejam celik dah masuk hari Khamis minggu kedua bulan Januari 2015...sekejap rasanya masa berlalu.
      Begitu jugalah usia aku...kalau dihitung hanya tinggal sebulan lagi akan masuk usia 40 uwaaaa!!....dah tua pun aku...Bila masuk usia sebegini apa yang harus aku fikirkan ialah bagaimana hendak melipat gandakan amalan-amalan untuk bekalan ke sana. Selain daripada itu jugak faktor-faktor kesihatan juga wajib diambil kira...