Jangan marah gambar nie tertinggal keretapi semlm sebab tue lambat sikit dimasukkan dalam blog!! hehehe...well utk memuaskan hajat Simah, nie gambaq adik aku dan suaminya...tapikan Simah jgn jealous lerr everything pelamin,hantaran, baju(manik dan labuci) aku yang buat ngan wife!! kira kami buat ala-ala pakej pengantin lerr.

P/S:mcm mana tak naik pelamin sekali lagi kerr simah??!! Shazril hang bila lagi??!!...

Inilah hasilnya setelah berbulan-bulan lamanya aku dan family bertungkus-lumus dalam menyelesaikan pelbagai kerja untuk 'satu hari bersejarah' dalam lipatan kenangan setiap ahli keluarga aku... dan yang paling penting bagi individu yang gambarnya ku sisip untuk tatapan kawan2 terutama shazril dan Simah yang tidak dapat hadir pada hari berlangsung kenduri adik bongsu aku..moga berkekalan hingga ke akhir hayat! AMIN....buat adik bongsu aku.
Inilah suasana dan pemandangan tempat kerja aku pada waktu malam(senja)...saja lerr nk publish kat kawan-kawan...terutama Simah!! hehehe....


Inilah tempat-tempat yang banyak menyimpan kenangan pada insan-insan yang pernah bertandang ke Pulau Lagenda Mahsuri...

p/s : Simah hang tak teringat ke kat Langkawi yang pernah menjadi tempat kediaman hang dulu...saja aku masuk gambar-gambar ini menjadi tatapan hang disana...semua gambar nie lokasinya kat Pantai Beringin
Sesekali ingin ku rasa damai...melihat laut nan membiru...dibelai bayu.. alangkah indahnya...
Aduh!! minggu-minggu nie agak bz ngan keje kenduri adik bongsu aku yang yang tinggal beberapa hari saja lagi...kalau diikutkan rasa malas nk menyibukkan diri yang over limit tapi memandangkan dia(adik bongsu) lepas nie tak ada kenduri kahwin dalam family kami lagi....so kami berhabis-habisan menolong apa yang patut dalam melancarkan kerja-kerja pada hari kenduri kelak.
Aku sebenarnya lebih kurang macam perunding imej pada adik aku yang sorg nie...start dari pakaian, tempat tidur, hantaran dan hal-hal yang berkaitan mmg aku yang uruskan...masa shopping dulu pun aku pergi sama...siap bawa anak bini aku lagi pi bercuti di KL lagi!
Sekarang nie dok tengok apa yang patut...baju2 semua dah ok! lepas satu bab...bab hantaran belum lagi...tempat tidur lagi...hai poning-poning!! hehehe...tapikan kalau dapat tengok hasilnya dalam dok pening2 boleh hilang!
Masa aku kahwin dulu rilek jugak!...walaupun everything aku buat sendiri...dalam masa yang sama aku tengah dok kira-kira bila ulangtahun perkahwinan aku...tengok2 kelendar fuyooo...esok beb!!! dah nk masuk 4 tahun aku berumahtangga...dah anak 2!
"SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-4"


Semalam sempat aku wish 'selamat hari guru' pada isteri aku...hmmm senyum manis aje bila aku wish padanya...mana taknye seminggu sebelum tue aku berkursus di KL. Sempat aku beli buah tangan untuknya...antara yang istimewa ialah sebentuk cincin perak bertahta batu berlian putih...bukannya mahal tapi itulah antara hadiah teristimewa aku padanya sempena hari guru...dan yang paling mengejutkan dia semalam aku sempat menghantar padanya sejambak mawar pelbagai warna...tapi kejutan aku memang dapat dihidu olehnya sejak awal lagi...hehe...apapun dear, 'Selamat Hari Guru'...ikhlas dari abang.
Rasa agak lama aku tak menulis dalam blog aku nie...sesekali rasa rindu menerjah dalam hati tapi tuntutan kerja lebih penting dari segala-galanya...dalam minggu-minggu yang agak kalut dan serabut, sekali-sekali datang ilham untuk dinukilkan dalam blog ini...tapi sayang aku tidak berbuat demikian kerana masalah teknikal dan hal-hal yang membabitkan urusan kerja...namun yang pasti aku akan tetap terus meluahkan rasa...Disini ingin aku ucapkan Selamat Hari Ibu...Selamat Hari Belia...dan Selamat Hari Guru...
andai aku dpt memetik bintang yg Satuakan ku capai untukmu….
Supaya dpt mencerahkan segarisnya nada
Biar kita dpt menari sealunan irama dan lagu
Walaupun lantainya tinggi rendah...

Hari ini..kita masih seiringan...
Biarlah kita seiringan selaluSeperti landasan keretapi...
yg menjalurkan dirinya utk tujuan yg satu......
walaupun panas terik dan hujan selalu…
ia tetap menjalurkan dirinya…..

gelisah diri kita masih terasa…
tersekat2nya nyawa kita belayar masih terasa...
mencengkam diri bak pantai dan ombak...
yang masih merasai kehadiran antara satu sama lain...
walaupun bertali arus dan mencengkam jiwa dan raga....
kita akan teruskan pelayaran kita
walaupun kita adalah insan gersang dan tandus di musim kemarau…..

andai kita rebah dalam dakapan ombak yang kuat..
akan kita bangun kembali membentuk buih buih ombakitu..
andai kita rebah dan hanyut dalam dakapan semalam…
biar lah ia menjadi satu titik dalam hidup kita...
jangan sampai alunan irama dan lagu pincang...

lihatlah bintang dilangit dan sesekali memandang rumput di bawah...
kerana biar setingginya kita terbang umpama burung…
akhirnya di daratan juga mencari makan...
jangan seperti ikan berenang renang tanpa arahtujuan..
yang hanya berada dalam kelompoknya…
dan sesekali mencari mangsa tanpa menghiraukan tujuannya..

hasil nukilan
JOFEL75 (our schoolmate, bacth '88-'92)
Tadi masa aku balik nak hantar wife pergi kerja, dia muncung aje...biasa lerr katanya aku lambat! janji nk balik ambil awal tapi terlewat setengah jam...'Maaf dear! abg terlewat sikit kata aku, terlupa sesangat!!...yelah dah tua-tua nie". Tapi wajahnya slamber aje...aku tahu dia masih marah kat aku...aku diam aje...memang salah aku! tak ingat janji masa sebelum tidur...nak balik awal nk pergi kaunter LHDN settle bab cukai.
Dalam setengah perjalanan mood dia dah ok!...aku memang arif sangat-sangat tentang perangai dia...cepat marah cepat sejuk...tapi aku buat tak tahu aje...yelah nk tengok mcm mana dia. Nampak dia macam serba salah aje...aku pun mula cakap ngan dia...hehehe...saja jer nk kenakan dia...well, My dearest wife 'I LOVE U'...
Jika diimbas kenangan lalu, aku rasa macam tak percaya itulah dinamakan jodoh...Perkahwinan aku dengan isteri..memang tidak diduga sama sekali...'cinta kami berputik' selepas berkahwin...aku hanya mengenali isteri selepas kami bertunang... itupun setelah diatur pertemuan oleh family masing-masing...jika diingat lucu dan kelakar pulak zaman sekarang susah nak jumpa pasangan yang mcm kami nie...
Firstly macam mana family aku boleh meminang isteri aku apabila insiden saudara-saudara terdekat aku(tok sedara, mak sedara dll) mula cari calon kat aku...aku tak berapa kisah sangat sapa calon isteri aku sebenarnya...tapi jauh disudut hati kecil aku teringin nak beristerikan wanita yang pandai menjahit dan bekerjaya seorg pendidik...Sebenarnya ibuku lebih suka calon yang dicari sendiri oleh beliau...kalau boleh dia nak tengok sendiri dengan mata kepalanya siapakah bakal calon menantunya...bagaimana rupa dan budi bahasanya...
Pada satu petang aku dengan classmate pergi ke rumah girlfriendnya...member classmate jugak masa sekolah menengah...dia orang nie mmg setia giler bercinta sejak sekolah menengah until grad universiti still together!!...masa tengah kat umah classmate aku a.k.a girlfriend member aku nie aku terpandang sebuah kotak komputer kat umah dia...hmmm terdetik hati aku nak tanya kotak siapa tue??...dari mana?? aku dengan ringan mulut dan slamber tanya aje lerr kat member perempuan aku nie...kotak sapa tue? oo...dia kata, kotak komputer dan barang-barang adik aku baru grad universiti...baru sampai!! aku tanya lagi dia amik course apa masa study dulu...cikgu!! kata member aku...aku pun senyap tak terlintas apa2 pun kat dalam hati....tak lama selepas tue kakak aku agaknya dah puas dia orang carik calon kat aku, tapi masih belum jumpa yang sepadan dengan aku...dia orang tanya...'hang tak ada sapa-sapa kerr yang berkenan??" aku jawab, ada!!...kalau nk pi tanya member aku nie dia ada adik sorg baru abis blajar...kakak aku dengan slamber terus call umah member classmate aku tanya adik dia org...fuhh!! macam tak percaya... ingat aku lawak2 aje tapi dia org serious...hmmm malu lerr macam tak ada kepala! dalam masa yang singkat aje pertemuan dan perbincangan antara kakak aku dan kakak wife(kakak ipar) aku berjalan dengan lancar...dalam masa seminggu aje dah kata putus keluarga aku nk masuk meminang wife aku...yahoooo!!!..seronok ada, takut pun ada! aku hanya tengok gambar dia dan dia hanya tengok gambar aku aje...dalam masa yang sama dia dapat posting guru dekat negeri perlis...tak lerr jauh sangat!! kalau dapat sabah atau sarawak mcm mana...??!! bila dikenang semula rasa macam lucu pun ada....:))
Entah pagi nie fikiran aku agak buntu...tak tahu apa nak aku tuliskan dalam blog...sesekali idea datang mencurah-curah sehinggakan kalau dicetak, pasti berjela-jela keluar. Saat nie terfikir jugak apa yang hendak dilakukan pada ulangtahun perkahwinan keempat aku pada hujung bulan Mei nanti...kalau selalu, jambangan bunga memang sudah pasti isteri aku akan terima...mungkin ulangtahun pada kali ini perlu sesuatu yang agak berbeza...
Mirza dan Ibunya ketika join aktiviti aku kat Kampung Buku...Tersenyum simpul nampak!


Posing Mirza bila aku ambil gambarnya...Macam tue lerr anak ayah!

Bila tengok gambar ini, teringat masa aku bawa wife dan anak aku (masa tue baru sorang) pergi ke kampung Buku (Lubuk Semilang) buat aktiviti ngan budak-budak MRSM Langkawi...Seronok jugak bila dapat bawa sekeluarga pergi berkelah macam nie. Rasa-rasa dah lama kami tak buat aktiviti macam nie. Cuma hujung minggu aktiviti kami sekeluarga pergi melawat emak mertua aku di Kedawang.
Ayah Sayang Mirza dan Mulhim
Sehingga rencana ini ditulis, entah sudah berapa nyawa yang melayang di bumi Iraq dan Palestin. Tidak perlu aku nyatakan di sini apa punca nyawa-nyawa itu kehilangan jasad. Kalau boleh aku tidak mahu menyebut tentang apa yang sedang berlaku di sana kerana kalian sendiri sudah pasti maklum mengenainya.Sukar untuk aku gambarkan di sini perasaan aku setiap kali bila berlakunya peristiwa sebegini - peristiwa yang membabitkan kehilangan nyawa. Aku cuba bayangkan diri aku sebagai mereka - bayangkan aku sebagai ahli keluarga mangsa.Dan yang sering aku bayangkan ialah aku sebagai 'ayah' kepada anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa itu. Entah bagaimanakah perasaan seorang ayah bila kehilangan anak tersayang...atau bayangkanlah duhai teman, bagaimana perasaan seorang anak kecil kehilangan ayah tersayang? Tidak dapat aku bayangkan...Tidak dapat hendak aku bayang dan gambarkan andai ditakdirkan aku adalah salah seorang 'ayah' yang hidup di negara yang sentiasa bergelora dengan perang sedangkan di bumi Malaysia yang dikatakan cukup aman ini pun, aku bagai disentap semangat dan luluh berderai segala keupayaan bila mengenangkan anakku MIRZA dan MULHIM.

kayhus- Mirza dan Mulhim...ayah tidak segagah mana untuk meratap kehilanganmu, ayah tidak sebadang mana untuk tidak menangis jika kamu tiada, Mirza dan Mulhim...Ayah Sayang Kamu!
...lelaki bisu itu adalah...
...lelaki itu dahulunya
adalah yang penuh cinta berahi
kaya kata-kata sakti......kini lelaki itu
adalah suami yang bisu
lalu rindulah si isteri
menanti kata-kata sebegitu
kedengaran lagi...

lelaki tidak selamanya mampu menjadi kekasih yang pandai menusuk kata-kata sakti ke dalam hati perempuan. lelaki tidak akan dapat menjadi sang arjuna dalam seluruh kisah percintaannya. kerana lelaki akhirnya akan menjadi manusia bisu. kelu. dungu tentang cinta apabila dia sudah bergelar suami. sedangkan perempuan adalah selamanya menjadi kekasih yang setia dan tidak jemu untuk mendengar suaminya menjadi 'kekasih'...
Inilah wajah yang menjadi kesayangan dan kebanggaan aku sebagai seorang insan yang bergelar ayah...Sesungguhnya sehingga kini keterujaan aku masih terpaku dan terpahat kuat dalam ingatan sejak detik aku ditabalkan sebagai ayah kepada seorang bayi perempuan yang bernama MIRZA-'anak yang baik'
Inilah wajah kesayangan aku...setelah sekian lama aku menanti kehadirannya maka detik dan saat ini aku mampu tersenyum puas! kehadirannya memberi seribu erti dalam sebuah ikatan cinta yang pasti.