Petang tadi aku ngan isteri sempat pergi mendaftar Mirza dan Mulhim di sebuah Sekolah Agama yang terletak di Paya Keladi Hujung Kepala Batas...Kami berdua berpendapat seandainya mereka berdua tidak diberi pendidikan agama secara formal maka satu hari nanti mereka akan 'kosong' malahan sebagai ibu bapa kami berasa amat bersalah seandainya ilmu akhirat tidak termasuk dalam agenda pendidikan mereka....

Tapi agak menghangat perasaan aku bila Mulhim berkata dia tak mahu ke sekolah agama sambil menengking ibunya...apa lagi darahku terus naik sampai ke kepala....hmmmm siap kena pukul dengan hanger baju..kalau diikutkan hati memang aku hilang sabar dengan perangai dia...tapi bila tengok dia menangis timbul rasa simpati dan sesal dengan apa yang telah aku lakukan pada dia....aku pujuk Mulhim...last-last dia terlena dalam dakapan aku!! hmmm mmg tersentuh lerr pulak!!


Wahai anak-anak ku, Ayah tak berniat hendak menyakiti kamu...cuma satu permintaan ayah tolong dengar cakap ayah...