Rasanya kalau dulu-dulu aku down...ada kawan yang sudi menjadi pendengar yang setia...tapi kini keadaan sudah berubah...kata pepatah 'sekali air bah, sekali pantai berubah'..namun aku tetap yakin aku masih lagi mempunyai pendengar setia yang tak pernah jemu mendengar segala curahan rasa..keluh kesah...kecewa, sedih dan bahagia.

Tapi semua itu hanya bergantung pada diri aku..mahu dengan tak mahu...rajin atau tidak...tepuk dada tanya pada hati. Bila kita berada dalam keadaan dipersimpangan hanya satu yang boleh kita rujuk..Allah yang Maha Esa.

Apapun keadaan kita ingatlah...Allah yang perlu kita letakkan keutamaan. Tapi kebanyakkan kita lupa bahawa Dia adalah yang pertama...sebaliknya Dia adalah destinasi yang terakhirnya pilihan kita untuk mengadu...Namun Dia tak pernah jemu dengan kita...mintalah sebanyak mana yang kita mahu mengadulah sepanjang malam hingga terbit fajar...Dia sentiasa ada untuk kita..Setianya Dia menanti kita dan Dia tidak pernah berpaling...Kasihnya kekal hingga ke syurga.

Kasih pada manusia akhirnya dia akan tinggalkan kita...Kasih pada pencipta membawa bahagia selamanya. Peringatan pada diri yang kerdil ini, perbetulkan niat...