Semalam seperti biasa aku menghubungi emak untuk bertanyakan khabar tentang ujian darah serta keadaan kesihatannya...Alhamdulillah dari pertuturan emak, jelas dia semakin sihat...tapi kadang-kadang aku terasa sedikit kecewa dengan insan-insan yang berada dekat dengannya....yelah bukan apa, aku disini jauh..kalau nk balik tiap-tiap minggu banyak jugak perbelanjaan yang harus aku keluarkan...tapi aku mohon pada mereka sedikit rasa bertanggungjawab terhadap mak...kalau tak boleh jenguk selalu...telepon laaa....setakat seringgit dua habis tak miskin pun...malahan keberkatan akan pasti melimpah ruah....kalau budak kecik rasanya mahu aku tarik telinga...tapi bila semua dah besar panjang sebolehnya faham-fahamlah tanggungjawab. Jangan satu hari nanti benda yang sama berlaku pada kita....


3hb May nanti aku akan berkursus di Kuala Lumpur...Pastinya yang akan meramaikan rumahku ialah emak dan adik perempuanku serta anaknya...itulah permintaan aku pada mak sebelum ini...bukan apa, kalau dulu hendak berjalan-jalan atau bertandang ke saudara mara sebelah daratan sini, emak asyik terfikir arwah pak...sekarang ini semua benda itu tak perlu lagi emak fikirkan...yang penting emak sudi bertandang ke rumah aku dalam beberapa hari...dan selepas itu boleh pulak singgah ke rumah abang di Alor Setar....boleh rehatkan minda dan yang paling penting dapat hilangkan kekusutan yang bersarang dalam hati.