Permulaan hari yang baik dan menyenangkan. Apa tak nya semua kembali pada keadaan normal. Wife dah masuk kerja...anak-anak ke sekolah dan rumah pengasuh. Keadaan kembali pada asal.
    Rasa gembira jugak bila Mazaya sudah mula ke sekolah tadika sesi 2015. Hati mana yang tidak resah bila anak ditimpa musibah demam campak sehingga akhirnya dia tidak ke sekolah selama lebih 3 minggu. Hari nie terasa aman...dengan anugerah dari Nya.
           Alhamdulillah jadual kerja hari ini tak begitu padat...dapat la santai-santai sikit..tapi kerja tetap kerja. Hari ini punya cerita awal-awal pagi dah kelam kabut sikit...alarm kunci kereta wife tak berfungsi dah la tue bangun pulak agak terlewat...pukul 6.00 pagi lewat kerr??! hahaha...selalunya 5.30 dah bangun...bila tersedar agak lewat, macam lipas kudung ler jadinya. Bila anak-anak dah selesai dihantar ke sekolah, wife telepon alarm kereta tak boleh berfungsi...huhh!! masalah...last-last fikir punya fikir dapat idea suruh wife ambil cuti...!! kesian kat dia.
    Hari ini hari Jumaat ke-3 dalam bulan Januari 2015. Sudah separuh perjalanan Januari. Detik-detik Februari sudah Nampak petanda untuk muncul. Sekejap saja masa berlalu. Rasanya masa seolah-olah tidak mengendahkan kita kenapa dan siapa disekelilingnya...'dia' terus memecut laju tanpa menoleh kebelakang.
    Ketika angin Februari mula meniup lembut...hitungan detik meningkat satu angka lagi usia aku. Semakin dekat aku menuju kepadaNya...
      Hari ini bermula sesi persekolahan bagi anak-anak aku..bersemangat betul mereka hari ini..bangun awal bersiap-siap, kemudian bersarapan. Bagi aku pulak hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar lama setelah lama mereka bercuti. Kami semua staf pejabat akan bertugas membuka kaunter untuk pendaftaran dan bayaran yuran untuk pelajar. Memang ini telah menjadi rutin bagi kami saban tahun.
       




  Bila mendengar bait-bait lagu ini, rasa macam kena pada diri aku sendiri...terkadang aku rasa mcm tahu dimana kekuatan aku...kadang-kadang aku hilang!! Apapun liriknya memang puitis...

Lost touch with my soul
I had nowhere to turn, I had nowhere to go
Lost sight of my dream
Thought it would be the end of me
 
I, I thought I'd never make it through
I had no hope to hold on to
I, I thought I would break
 
I didn't know my own strength
And I crashed down and I tumbled, but I did not crumble
I got through all the pain
I didn't know my own strength
 
Survived my darkest hour, my faith kept me alive
I picked myself back up, hold my head up high
I was not built to break
I didn't know my own strength
 
Found hope in my heart
I found the light to life my way out of the dark
Found all that I need here inside of me
 
Oh, I thought I'd never find my way
I thought I'd never lift that weight
I thought I would break
 
I didn't know my own strength
And I crashed down and I tumbled, but I did not crumble
I got through all the pain
I didn't know my own strength
 
Survived my darkest hour, my faith kept me alive
I picked myself back up, hold my head up high
I was not built to break
I didn't know my own strength
 
There were so many times
I wondered how I'd get through the night
I thought I took all that I could take
 
I didn't know my own strength
And I crashed down and I tumbled, but I did not crumble
I got through all the pain
Oh, I didn't know my own strength
 
My faith kept me alive
I picked myself back up, I hold my head up high
 I was not built to break
I didn't know my own strength
 
I was not built to break, no, no
I got to know my own strength


Read more: Whitney Houston - I Didn't Know My Own Strength Lyrics | MetroLyrics


    Berbicara tentang sahabat sebenarnya membawa pelbagai persepsi pada kita. Pada aku sahabat adalah orang paling hampir selepas keluarga. Namun bagi sesetengah orang, lain pulak pendapat serta pandangannya. Apapun bagi aku siapa pun sahabat kita...menjaga hati serta memberi dorongan dan nasihat ketika dia susah atau senang wajib didahulukan...renung-renungkan wahai hati.


     Alhamdulillah pejam celik dah masuk hari Khamis minggu kedua bulan Januari 2015...sekejap rasanya masa berlalu.
      Begitu jugalah usia aku...kalau dihitung hanya tinggal sebulan lagi akan masuk usia 40 uwaaaa!!....dah tua pun aku...Bila masuk usia sebegini apa yang harus aku fikirkan ialah bagaimana hendak melipat gandakan amalan-amalan untuk bekalan ke sana. Selain daripada itu jugak faktor-faktor kesihatan juga wajib diambil kira...
   Semalam ke SP Plaza untuk mengambil sample barang untuk nak ditunjukkan pada bos. Yelah bos kann...nanti kalau engkar perintah dikatakan aku nie tak buat kerja pulak. So mahu tak mahu kenalah 'saya yang menurut perintah'!! Dahlah sehari dua nie asyik angin satu badan..kan lain lak jadinya.
    Balik ke pejabat terus persembahkan pada bos...bila dah tengok dengan mata kepala sendiri baru dia rasa puashati...kalau tidak macam sedia maklum laa...íbarat 'singa kelaparan'...huhuhu memang la nasib!!
  
    Sesekali rasa malas nk buat kerja...namun bila difikirkan semua itu akan menjadi darah daging kita kelak, rasa hilang perasaan malas. Kalau duduk berangan seakan kita seorang bos besar seronok jugak...huhu setakat berangan aje laaa...!! Cakap pasal orang besar nie, memang laa seronok, gaji besar, rumah besar dan semuanya besar. Tapi cakap pasal hormat orang besar pada orang kecil memang boleh kira dengan jari. Berapa ramai orang besar nie yang egonya rendah??! maaf laa cakap kebanyakkan mereka mempunyai ego yang lebih besar daripada jawatan mereka. Itulah hakikat dunia sekarang..Namun bagi aku prinsip menghormati orang lain lebih diutamakan walaupun mereka lebih muda dari usia aku...
  
  Agak terlalu lewat rasa untuk aku ucapkan selamat tahun baru...namun inilah masa serta ruang yang dapat aku lakukan dalam keadaan keterbatasan waktu. Rata-rata bila menjelang tahun baru pasti setiap individu memasang azam serta perancangan apa yang akan dilaksanakan. Sama juga bagi diri aku...salah satu azam aku pada tahun 2015 ingin menjaga kesihatan pemakanan. Ini juga disebabkan tahun 2015 usia aku telah memasuki gerbang 40 an...huhh rasa mcm semalam saja usia aku baru menginjak ke 30 an...Harap-harap azam aku pada tahun ini terlaksana dengan jayanya...