Berbicara tentang sahabat sebenarnya membawa pelbagai persepsi pada kita. Pada aku sahabat adalah orang paling hampir selepas keluarga. Namun bagi sesetengah orang, lain pulak pendapat serta pandangannya. Apapun bagi aku siapa pun sahabat kita...menjaga hati serta memberi dorongan dan nasihat ketika dia susah atau senang wajib didahulukan...renung-renungkan wahai hati.


     Alhamdulillah pejam celik dah masuk hari Khamis minggu kedua bulan Januari 2015...sekejap rasanya masa berlalu.
      Begitu jugalah usia aku...kalau dihitung hanya tinggal sebulan lagi akan masuk usia 40 uwaaaa!!....dah tua pun aku...Bila masuk usia sebegini apa yang harus aku fikirkan ialah bagaimana hendak melipat gandakan amalan-amalan untuk bekalan ke sana. Selain daripada itu jugak faktor-faktor kesihatan juga wajib diambil kira...
   Semalam ke SP Plaza untuk mengambil sample barang untuk nak ditunjukkan pada bos. Yelah bos kann...nanti kalau engkar perintah dikatakan aku nie tak buat kerja pulak. So mahu tak mahu kenalah 'saya yang menurut perintah'!! Dahlah sehari dua nie asyik angin satu badan..kan lain lak jadinya.
    Balik ke pejabat terus persembahkan pada bos...bila dah tengok dengan mata kepala sendiri baru dia rasa puashati...kalau tidak macam sedia maklum laa...íbarat 'singa kelaparan'...huhuhu memang la nasib!!
  
    Sesekali rasa malas nk buat kerja...namun bila difikirkan semua itu akan menjadi darah daging kita kelak, rasa hilang perasaan malas. Kalau duduk berangan seakan kita seorang bos besar seronok jugak...huhu setakat berangan aje laaa...!! Cakap pasal orang besar nie, memang laa seronok, gaji besar, rumah besar dan semuanya besar. Tapi cakap pasal hormat orang besar pada orang kecil memang boleh kira dengan jari. Berapa ramai orang besar nie yang egonya rendah??! maaf laa cakap kebanyakkan mereka mempunyai ego yang lebih besar daripada jawatan mereka. Itulah hakikat dunia sekarang..Namun bagi aku prinsip menghormati orang lain lebih diutamakan walaupun mereka lebih muda dari usia aku...
  
  Agak terlalu lewat rasa untuk aku ucapkan selamat tahun baru...namun inilah masa serta ruang yang dapat aku lakukan dalam keadaan keterbatasan waktu. Rata-rata bila menjelang tahun baru pasti setiap individu memasang azam serta perancangan apa yang akan dilaksanakan. Sama juga bagi diri aku...salah satu azam aku pada tahun 2015 ingin menjaga kesihatan pemakanan. Ini juga disebabkan tahun 2015 usia aku telah memasuki gerbang 40 an...huhh rasa mcm semalam saja usia aku baru menginjak ke 30 an...Harap-harap azam aku pada tahun ini terlaksana dengan jayanya...

     Saya rasa masih belum terlewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2014. Rasanya macam semalam kita berada dalam tahun 2013. Apapun yang berlalu, tetap berlalu...tidak mungkin dapat diundur lagi. Semoga tahun 2014 ini menjanjikan seribu kedamaian serta kebahagian dalam perjuangan meneruskan kehidupan seharian disamping kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
 
    Pahit manis menjadi asam garam kehidupan. Ianya akan menjadi satu titik tolak dimana seseorang itu akan menjadi seorang insan yang cemerlang di dunia mahupun di akhirat. Sampai berjumpa lagi...
Hari ini mcm hari-hari biasa jugak...rutin kerja ialah gotong-royong di asrama. Bosan jugak duduk kat rumah sorang-sorang...selalunya boleh mengacau anak-anak...tapi minggu nie isteri aku balik kampong. Huhhh bosan mmg tahap gaban!! Apapun aku still cool...
Sudah agak terlalu lama aku menyepikan...now I' m back!!!

Dalam sibuk-sibuk orang lain menerima cahayamata rupa-rupa aku juga akan menerima anugerah ini...Alhamdulillah kurniaan yang terindah daripada yang Maha Esa...Perasaan teruja seolah-olah macam hendak mendapat anak pertama...huhh!! sukar hendak digambarkan!!

Apapun aku sentiasa panjantkan pada Mu ya Allah semoga segalanya berjalan dengan baik sehingga selepas kelahiran...Amin!!
Tahniah juga untuk Puan Mastura Sa'ari kerana kehadiran permata hati pertama pada 21hb Jun yang lalui...Moga kehadiran Sayed Muhammad Akif Ammar akan menyerikan lagi kehidupan kalian berdua....dan yang paling penting menjadi anak yang soleh... Aminn...
Masih belum terlewat untuk aku mengucapkan tahniah buat adik iparku kerana baru-baru ini berlangsung perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati dari Kota Bahru, Kelantan...Semoga berkekalan sehingga akhir hayat..Aminnn....



Semalam ialah sambutan hari bapa...rasanya inilah kali pertama dalam hidup aku rasanya begitu sepi dan kosong tanpa kehadiran insan bergelar 'bapa' dalam kamus kehidupan aku. Dalam masa yang sama aku mendapat sekeping kad daripada puteri sulung ku...apa yang tertera dalam kad tersebut ialah ' Selamat Hari Bapa'....'Kakak sayang ayah!!' huhhh sungguh tersentuh hati aku...apa tidaknya kata-kata keramat daripada cetusan minda anak sulung aku...kad yang direka khusus untuk aku.....memang menimbulkan kesedaran yang teramat...bahawa insan yang bergelar ayah, bapa, abah dan lain-lain adalah menjadi penyokong kuat dalam sesebuah keluarga



Bila diimbas rasanya seakan baru semalam aku kehilangan insan yang bergelar 'ayah'....namun pada hakikatnya ia sudah memasuki usia 8 bulan...begitu pantas masa berlalu. Namun aku tak pernah melupai jasamu wahai 'bapa'....setiap kenangan dari seawal usia sehinggalah engkau pergi mengadapi Illahi, ianya masih tersimpan kemas dalam kotak minda ku...Sesungguhnya engkaulah 'bapa' yang terbaik Tuhan kurniakan padaku.



Tak lupa ku panjatkan doa untukmu bapa, semoga engkau tenang disisi Nya...Amin. Al-Fatihah untuk Arwah Ayahanda Hj. Husain Bin Long dan Arwah Ayahanda Sa'ari Bin Abd Rani serta Bonda Salmiah Bt Bakar.....
Semalam berlaku satu kemalangan menimpa puteri sulung ku...Aduhh!!! inilah agaknya yang pernah dilalui oleh arwah bapa aku pada satu ketika dulu...tak tahu bagaimana hendak digambarkan perasaan aku ketika kejadian kemalangan itu berlaku...Panik!!! memangg itu tidak dapat disangkal lagi...namun alhamdulillah perasaan panik dapat diatasi walaupun aku seorang yang mabuk darah!! Benarlah kata orang, kalau sesuatu terjadi pada batang hidung sendiri baru tahu macam langit tinggi rendah.

Puteri sulung aku dah semakin beransur baik...so ada hikmah disebalik apa yang berlaku!! aku percaya ada sebab dan musabab mengapa Allah menurunkan ujian untuk aku...Besok aku akan berangkat pulang ke daerah kelahiran aku dan isteri...moga semua nya berjalan dengan lancar...Amin...
Pejam celik...pejam celik sudah masuk penghujung bulan Mei...ini bermakna semakin hampir majlis perkahwinan anak buah dan adik ipar...dalam pada itu terdapat tarikh amat penting bagi aku dan isteri....iaitu ulangtahun perkahwinan kami yang ke 9....huhhh...sekejap aje masa berlalu...
Berbalik kepada persiapan perkahwinan adik ipar dan anak sedara...memang grand!! yelah setiap insan yang akan bergelar raja sehari sudah semestinya lah akan melakukan sehabis baik dalam upacara dan majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup....(kalau itu ketentuan Nya)....

p/s: Untuk insan yang menerima diriku seadanya, terima kasih kerana sanggup berkongsi kepayahan, kesusahan, serta kegembiraan bersama aku....hanya Allah yang akan membalas segala kebaikan serta pengorbananmu...
Awal pagi tadi kakak aku telefon mengatakan bahawa 20hb April nanti semua adik-beradik perlu berkumpul di Pejabat Tanah Daerah Langkawi bagi menyelesaikan urusan harta pusaka arwah bapa. Nampaknya aku perlu mengambil cuti pada tarikh terbut...susah juga bila difikirkan hendak bercuti dipertengahan minggu...banyak benda serta kerja akan tergendala...hmmm nampak gayanya kena berbincang dahulu dengan isteri bagaimana cara untuk mencari jalan penyelesaiannya....
Semalam seperti biasa aku menghubungi emak untuk bertanyakan khabar tentang ujian darah serta keadaan kesihatannya...Alhamdulillah dari pertuturan emak, jelas dia semakin sihat...tapi kadang-kadang aku terasa sedikit kecewa dengan insan-insan yang berada dekat dengannya....yelah bukan apa, aku disini jauh..kalau nk balik tiap-tiap minggu banyak jugak perbelanjaan yang harus aku keluarkan...tapi aku mohon pada mereka sedikit rasa bertanggungjawab terhadap mak...kalau tak boleh jenguk selalu...telepon laaa....setakat seringgit dua habis tak miskin pun...malahan keberkatan akan pasti melimpah ruah....kalau budak kecik rasanya mahu aku tarik telinga...tapi bila semua dah besar panjang sebolehnya faham-fahamlah tanggungjawab. Jangan satu hari nanti benda yang sama berlaku pada kita....


3hb May nanti aku akan berkursus di Kuala Lumpur...Pastinya yang akan meramaikan rumahku ialah emak dan adik perempuanku serta anaknya...itulah permintaan aku pada mak sebelum ini...bukan apa, kalau dulu hendak berjalan-jalan atau bertandang ke saudara mara sebelah daratan sini, emak asyik terfikir arwah pak...sekarang ini semua benda itu tak perlu lagi emak fikirkan...yang penting emak sudi bertandang ke rumah aku dalam beberapa hari...dan selepas itu boleh pulak singgah ke rumah abang di Alor Setar....boleh rehatkan minda dan yang paling penting dapat hilangkan kekusutan yang bersarang dalam hati.
Akhir-akhir ini aku sering teringat arwah...entah kenapa mungkin aku selalu memikirnya...kadang-kadang rasa sunyi...pada hakikatnya sekeliling aku riuh rendah dengan telatah anak-anak dan isteri. Bagaimanakah agaknya perasaan emak bila mana insan yang berkongsi hidup dengannya telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya....agaknya terlalu sunyi dan sepi...itulah emak sering merungut sunyi kalau anak-anak cucu tidak datang bertandang ke terataknya...hati seorang ibu cepat terguris... Ya Allah Kau berilah kekuatan pada ibu ku dalam menempuhi ujian daripadaMu...sesungguhnya engkau maha mengetahui apa yang tersirat....


Lagu ini membawa maksud dan pengertian bagi aku...sesungguhnya pemergian ayahanda ku terlalu sukar untuk aku ungkapkan dengan perkataan...





Inilah hantaran untuk anak buah lelaki aku....











Cuti tahun baru cina banyak benda yang aku lakukan semasa cuti di kampung halaman ku...yelah alang-alang bercuti biarlah panjang....hampir 10 hari aku berada di daerah tanah tumpah darah ku...antara agenda utama ialah memasang nisan pada pusara arwah ayahanda ku...di samping mengadakan kenduri arwah yang biasa dilakukan setiap hujug minggu iaitu pada hari Khamis malam Jumaat...dalam sibuk-sibuk bercuti anak saudara aku yang lelaki pulak hendak mengadakan upacara meminang...jadi memang elok sangat lah sementara aku berada disana...apa lagi memang menjadi kewajipan menyiapkan hantaran....