
Petang tadi aku ngan isteri sempat pergi mendaftar Mirza dan Mulhim di sebuah Sekolah Agama yang terletak di Paya Keladi Hujung Kepala Batas...Kami berdua berpendapat seandainya mereka berdua tidak diberi pendidikan agama secara formal maka satu hari nanti mereka akan 'kosong' malahan sebagai ibu bapa kami berasa amat bersalah seandainya ilmu akhirat tidak termasuk dalam agenda pendidikan mereka....
Tapi agak menghangat perasaan aku bila Mulhim berkata dia tak mahu ke sekolah agama sambil menengking ibunya...apa lagi darahku terus naik sampai ke kepala....hmmmm siap kena pukul dengan hanger baju..kalau diikutkan hati memang aku hilang sabar dengan perangai dia...tapi bila tengok dia menangis timbul rasa simpati dan sesal dengan apa yang telah aku lakukan pada dia....aku pujuk Mulhim...last-last dia terlena dalam dakapan aku!! hmmm mmg tersentuh lerr pulak!!
Wahai anak-anak ku, Ayah tak berniat hendak menyakiti kamu...cuma satu permintaan ayah tolong dengar cakap ayah...
8:11 PM |
Category: |

Tanggal 04 Januari 2011 maka telah pulangnya seorang hamba Allah yang bernama Hj Abd Manap Bin Hj Sharif pada usia 64 tahun pada penciptaNya...aku terkedu seketika setelah menerima panggilan telepon daripada adik ku....Innalillahh...sepontan bibirku menyebut....rasa sayu dan pilu menyentap seluruh jiwa ku...namun aku hanya dapat mengirimkan Al-fatihah buat arwah dan sekalian kaum muslimin dan muslimat...moga rohnya di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh...Amin
9:08 PM |
Category: |
-03 Januari 2011-

Masa bergerak begitu pantas...sedar tidak sedar sudah masuk usia 2 tahun puteri bongsu ku...hmmm dah besar rupanya anak ayah...!! Adik nak hadiah apa?? sure bila pergi ke kedai...air kotak memang sudah pastii!! Bila dikenang saat-saat kelahiran puteri bongsu aku ini, rasa pengalaman mengurus isteri dan anak-anak memang tak dapat diungkapkan...hanya kepuasan yang terpancar bila semua benda yang kita lakukan sendiri tanpa bantuan ahli keluarga yang lain...inilah pengalaman pertama anak aku lahir di luar bumi kelahiran aku dan isteri...
Untuk amak ayah...Mazaya, ayah ucapkan selamat hari lahir yang ke-2 moga cepat membesar dan jadi anak yang baik pada ayah dan ibu....
9:21 PM |
Category: |
01 Januari 2011- Masa banyak masa aku habiskan dengan membuat persediaan persekolahan anak-anak terutamanya yang bakal melangkah ke tahun 1 pada 02 Januari 2011...tidak ketinggalan ibu mereka yang mahu membuat persediaan awal membeli buku teks dan buku rujukan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.....
Tahun ini agak istimewa baginya kerana penantian selama sepuluh tahun untuk mengajar subjek major semasa pengajian di universiti tercapai...benarlah kata orang kalau kita bersabar kelak hasil memang berbaloi...kalau diimbas kembali ada jugak sebelum ini dia ingin bertukar sekolah lain kerana ingin lebih dekat dengan tempat kediaman...namun aku kurang bersetuju kerana kalau sekolah dekat dengan tempat kediaman belum tentu sesuai dengan keadaan serta persekitaran kita...akhirnya dia mematikan hasrat tersebut!!! Nah inilah habuan berkat kesabaran mengajar di SMK yang 99% pelajarnya ialah pelajar cina...namun kesungguhnya yang diterjemahkan dalam bentuk membimbing tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit telah dipandang oleh pihak pengurusan sekolah...bermula dengan awal kedatangan ke sekolah tersebut sebagai insan biasa maka kini dia boleh berbangga dengan pencapaian sebagai Ketua Panitia Perdagangan, Ketua Guru Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan lain-lain lagi...tahniah diucapkan...moga terus berjaya!!
02 Januari 2011- Hari ini aku mendaftar anak kedua aku masuk Tahun 1...memang teruja jugak...maklum saja lerr kalau aku dulu memang teruja untuk masuk darjah 1...sehinggakan pada malamnya sampai tak boleh lelapkan mata...yelah besok nk pakai baju sekolah baru, kasut dan stokin baru...pendek kata semua baru!! hehehe...tapi itu tinggal kenangan yang terindah yang ku simpan dalam lipatan sejarah.

Pada sebelah petangnya pulak aku menunaikan permintaan isteri untuk pergi ke tapak semaian untuk membeli beberapa biji pasu dan pokok bunga untuk di tanam. Kadang-kadang tue seronok jugak kalau dapat menanam pokok bunga kerana ianya dapat menghilangkan 'stress'.
8:41 PM |
Category: |