01 Januari 2011- Masa banyak masa aku habiskan dengan membuat persediaan persekolahan anak-anak terutamanya yang bakal melangkah ke tahun 1 pada 02 Januari 2011...tidak ketinggalan ibu mereka yang mahu membuat persediaan awal membeli buku teks dan buku rujukan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran.....
Tahun ini agak istimewa baginya kerana penantian selama sepuluh tahun untuk mengajar subjek major semasa pengajian di universiti tercapai...benarlah kata orang kalau kita bersabar kelak hasil memang berbaloi...kalau diimbas kembali ada jugak sebelum ini dia ingin bertukar sekolah lain kerana ingin lebih dekat dengan tempat kediaman...namun aku kurang bersetuju kerana kalau sekolah dekat dengan tempat kediaman belum tentu sesuai dengan keadaan serta persekitaran kita...akhirnya dia mematikan hasrat tersebut!!! Nah inilah habuan berkat kesabaran mengajar di SMK yang 99% pelajarnya ialah pelajar cina...namun kesungguhnya yang diterjemahkan dalam bentuk membimbing tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit telah dipandang oleh pihak pengurusan sekolah...bermula dengan awal kedatangan ke sekolah tersebut sebagai insan biasa maka kini dia boleh berbangga dengan pencapaian sebagai Ketua Panitia Perdagangan, Ketua Guru Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan lain-lain lagi...tahniah diucapkan...moga terus berjaya!!
02 Januari 2011- Hari ini aku mendaftar anak kedua aku masuk Tahun 1...memang teruja jugak...maklum saja lerr kalau aku dulu memang teruja untuk masuk darjah 1...sehinggakan pada malamnya sampai tak boleh lelapkan mata...yelah besok nk pakai baju sekolah baru, kasut dan stokin baru...pendek kata semua baru!! hehehe...tapi itu tinggal kenangan yang terindah yang ku simpan dalam lipatan sejarah.
Pada sebelah petangnya pulak aku menunaikan permintaan isteri untuk pergi ke tapak semaian untuk membeli beberapa biji pasu dan pokok bunga untuk di tanam. Kadang-kadang tue seronok jugak kalau dapat menanam pokok bunga kerana ianya dapat menghilangkan 'stress'.

8:41 PM |
Category: |
0
ulasan
Comments (0)